16 April 2021

FOTO BCL PELUK ARIEL NOAH DARI BELAKANG TERIMA PELBAGAI REAKSI



Hubungan penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL dan vokalis kumpulan NOAH, Ariel sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan semakin rapat.

Terbaru, hangat diperkatakan mengenai foto memaparkan kedua-dua selebriti kelihatan mesra apabila BCL dilihat memeluk Ariel dari belakang dan bersandar pada bahu. Difahamkan, foto tersebut adalah salah satu adegan dalam muzik video terbaharu karya dari mereka iaitu 'Mencari Cinta'.

Foto yang dimuat naik sebuah akaun Instagram @r_cutha2 itu menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata peminat mereka sudah tidak sabar menanti kolaborasi terbaharu kedua pasangan itu.

Klik untuk gambar besar



Keakraban hubungan mereka sering diperkatakan sejak kebelakangan lebih-lebih lagi kedua mereka sering terlibat dalam projek yang sama sehingga mereka dikatakan sedang hangat bercinta.

Untuk makluman, BCL berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair kini berusia 11 tahun. Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: