16 April 2021

BILA DIDIE ALIAS KINI JADI PENYANYI, SUDAH ADA SINGLE 'TAP TAP LOVE'



"Saya nak lagu saya jadi penghibur hati semua yang tertekan akibat pandemik Covid-19. Saya dihubungi pihak SRC dan mereka meluahkan hasrat untuk menghasilkan single. Saya terkejut juga. Jadi, sudah alang-alang kita masih dalam situasi pandemik ini, saya rasa sesuai untuk keluarkan satu single bagi menghiburkan semua.

"Jadi, melihatkan genre pop sesuai dengan jiwa saya, saya terus bersetuju untuk menyanyikan lagu ciptaan Ilya Hida dan Ruvi ini," itulah kata pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias yang kini bergelar penyanyi apabila melancarkan single sulung berjudul 'Tap Tap Love'.

Didie ketika dihubungi berkata, dia menyahut cabaran syarikat rakaman Suria Records (SRC) untuk hadir dengan single pertama dan menyiapkan karya itu dalam masa dua minggu.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai minatnya dalam nyanyian, Didie yang juga juri tetap rancangan Famili Duo mengakui menyimpan minat mendalam dalam bidang itu, namun sentiasa sedar akan keupayaannya.

"Dulu ada juga tawaran untuk menyanyi. Saya pun tahu juga asas nyanyian memandangkan saya selalu menyanyi jika ada apa-apa acara. Tapi, suara saya tidaklah sesedap Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Anuar Zain. Yang penting, kena sentiasa yakin," ujarnya.

'Tap Tap Love' turut menyelitkan beberapa dialog watak Che Salmah yang dilakonkan Didie dalam drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' yang mencipta fenomena baru-baru ini.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Didie Alias

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: