08 April 2021

ISA & RISTEENA NAFI MEREKA PUNCA PERMOHONAN RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN



"Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain. Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja.

"Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum air. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi," kata pelakon Risteena Munim yang memberitahu jika permohonan rentas negeri atas urusan kerja diperketatkan bukan dia dan suaminya, pelakon Isa Khan menjadi penyebabnya.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan berikutan ada selebriti yang tidak bertanggungjawab selepas mendapat kebenaran.

Kata Risteena lagi, pihak berkuasa sudah mengesahkan dia bersama suami berada di Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu adalah atas urusan kerja.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Isa berkata banyak lagi sebab munasabah mengapa pihak berkuasa mengetatkan perkara itu daripada menuduh dia dan isteri sebagai punca.

"Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekali gus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca," ujarnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Isa dan Risteena didakwa merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah. Menafikan dakwaan tersebut, Risteena menjelaskan dia ke Sabah atas urusan kerja serta mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Isa Khan & Risteena Munim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: