26 April 2021

ISU TREND MENUNJUK-NUNJUK BAGI IBU BAPA DUIT 'CASH' - IDRIS KHAN MINTA HENTIKAN



"Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka tetapi tidak semua murah rezekinya sebegini. Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi wang tunai. Simpan untuk diri sendiri cukup... Allah tahu.

"Jadilah manusia yang kejar untuk membuat kebaikan, bukan manusia yang kejar untuk 'menunjuk' kebaikan," ujar pelakon Idris Khan yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang gemar menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan di media sosial.

Menerusi komen yang ditinggalkan Idris atau nama sebenarnya, Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 33, di laman Instagram @mstaronlineofficial, perkara sedemikian sudah menjadi trend semasa yang dilihat sebagai tidak sihat.

Klik untuk gambar besar



Idris menulis komen itu menerusi perkongsian video TikTok menunjukkan seorang wanita dikenali sebagai Nabilah Nazib, 30, yang menyerahkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya, Rushila Abdul Karim.

Pelakon drama bersiri 'Tuan Danial' itu berharap agar orang ramai tidak terikut-ikut dengan perkara sebegitu yang semakin banyak berlaku di media sosial sekarang.

Komen yang ditulis Idris itu juga turut dipersetujui oleh pelakon Mustaqim Bahadon yang mengatakan 'kebaikan' itu hanya sekadar satu perbuatan untuk menunjuk-nunjuk kepada netizen di luar sana.


"Sekarang macam berlumba-lumba pula orang nak tunjuk siapa paling buat baik dengan ibu bapa. Siapa paling bagi hadiah mahal pada ibu bapa," katanya.

Selain Mustaqim, rata-rata netizen juga meluahkan perkara yang sama berharap agar trend sebegitu dihentikan lebih-lebih lagi ia dilihat tidak selamat untuk memberikan sejumlah wang yang besar dalam bentuk tunai.

"Buat posting tunjuk duit ini bahaya sebenarnya sebab boleh jadi target perompak. - "Bahaya ni kalau tiba-tiba ada orang datang pecah masuk (rumah). - "Hati-hati, takut ada yang sedang memerhati... tunjuk duit berkepuk-kepuk, bahaya pada mak tu," antara komen-komen netizen.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: