17 April 2021

KEKASIH MAKLUM JANNA NICK KINI SEDANG BEREHAT DARI MEDIA SOSIAL



Pelakon Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik video sedang memandu kereta dalam keadaan menangis dan mendedahkan dirinya mengalami tekanan sekali gus menganggu emosinya kerana jadual kerjanya yang padat.

Selepas berkongsi luahan tersebut, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner langsung tidak membuat sebarang posting di Instagram.

Pelakon Dini Schatzmann, 27, ketika dihubungi menyatakan teman wanitanya itu sedang berehat daripada menggunakan telefon bimbit dan media sosial.

"Yang saya tahu dia sedang melalui sesuatu ketika ini. Buat masa sekarang, dia sedang berehat (break) dari menggunakan telefon bimbit dan media sosial," katanya.

Tambah, pelakon drama 'Marry Me Senorita', dia belum berkesempatan untuk bertemu secara empat mata memandangkan sedang menjalani penggambaran.

"Saya belum dapat berjumpa dengan Janna jadi saya tidak pasti bagaimana keadaannya. Saya sedang menjalani penggambaran pada masa ini," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: