17 April 2021

32 TAHUN DALAM DUNIA SENI - ROY AZMAN BERSYUKUR PERTAMA KALI DAPAT TROFI



"Selama 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni lakon tanah air, buat pertama kalinya abang dapat trofi tapi dalam dunia lawak bukan lakonan. Maknanya lakonan abang tak menarik, syukur. Alhamdulillah, setidaknya dalam 32 tahun adalah satu piala, tak kiralah bidang apa sekali pun.

"Setidaknya ada jugalah kenangan. Syukur Alhadulillah, terima kasih pada anda yang sentiasa memberikan sokongan," itulah kata pelakon Roy Azman yang memanjatkan rasa syukur kumpulan Viral berjaya menggalas trofi tempat ketiga di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) Jumaat lalu.

Menyifatkan kemenangan itu sebagai momen terindah, roy memberitahu dia berasa gembira trofi kemenangan itu merupakan yang pertama sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni. Walaupun trofi tersebut datangnya bukan anugerah dari bidang lakonan, namun dia tetap menghargainya.

Terdahulu, pentas MLS2 menyaksikan kumpulan Heart dinobatkan sebagai juara manakala naib juara pula jatuh kepada UNI. Pemenang tempat ketiga dirangkul oleh Viral dan sekaligus Janggo ditempat keempat.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Roy Azman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: