23 April 2021

"KITA SEMUA SAMA" - SHUIB TOLAK WUJUB GOLONGAN KAYANGAN DI KALANGAN ARTIS



"Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman. Tetapi kesalahan itu bukan kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja.

"Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun," itulah kata pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang menolak dakwaan artis dilabel golongan kayangan apabila tidak dijatuhkan hukuman jika melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ini kerana kata Shuib, dia tidak melihat wujud standard berbeza hukuman di negara ini. Menafikan artis golongan kayangan, Shuib berkata dia dan isterinya, Siti Sarah tetap menerima hukuman apabila turut dikenakan kompaun sebelum ini kerana melanggar SOP.

Klik untuk gambar besar



Jelas Shuib lagi, sebagai seorang selebriti dia tidak pernah mendapat layanan berbeza mahupun istimewa kerana tetap menerima hukuman sama seperti orang biasa.

Pada Februari lalu, Shuib dan Sarah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran.





www.myartis.com / Sumber: Utusan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: