22 April 2021

"AKADEMIK SAJA TIDAK CUKUP..." - SUHAIMI SAAD AJAR ANAK LIPAT KAIN, AGAMA & KEMAHIRAN



"SS (Suhaimi Saad) ajar anak anak lipat kain baju sendiri. Ajarlah anak anak ilmu Al-Quran, hadis, akhlaq dan kemahiran. Akademik saja tidak cukup untuk menjadikan anak anak kita manusia yang berguna dan berjaya.

"Dunia hari ini dipenuhi oleh ramai orang yang terpelajar dan berkelulusan, tapi kekurangan orang yang beradab dan berkemahiran. Puncanya tidak lain tidak bukan kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan," itulah kata-kata penyanyi Suhaimi Saad.

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, Suhaimi mengajar anaknya melipar kain baju mereka sendiri. Ujarnya, akademik sahaja tidak cukup untuk jadikan anak-anak berguna dan berjaya.

Klik untuk gambar besar



Bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Malah, Suhaimi memberitahu yang dia juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Suhaimi turut mengatakan ramai orang yang terpelajar di luar sana tetapi kurang adab dan kemahiran diri. Untuk makluman, Suhami mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Suhaimi Saad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: