22 April 2021

JANNA NICK DEDAH HIDAP BIPOLAR, PERNAH CUBA BUNUH DIRI DUA KALI



"Secara klinikal, saya disahkan menghidap bipolar disorder. Kini, saya perlu masa menghindari media sosial untuk fokus kepada diri sendiri. Sejak seminggu lalu (dan mungkin berterusan), saya perlu mengambil ubat anti kemurungan.

"Selama ini, saya fikir otak saya berfungsi dengan normal, sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih dari 3/4 suara di kepala mereka.

"Saya memang ingat bahawa ia normal bagi suara dalaman untuk terus bercakap antara satu sama lain sehingga saya mula mengambil ubat dan sedar.

"Pada usia 8 tahun, saya pernah mahu mati. Sepak teranjang memang makanan saya sejak pertama kali saya ingat. Saya cuba bunuh diri ketika berusia 14 tahun dengan menelan segenggam panadol yang dicampurkan dengan ubat lain.

Klik untuk gambar besar



"Percubaan bunuh diri kedua adalah setahun selepas itu. ketika itu saya sedang menduduki PMR, saya memotong pergelangan tangan sendiri di hadapan adik perempuan saya," demikian dedah pelakon Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya.

Selepas beberapa minggu menyepi dan berehat daripada media sosial, Janna Nick memuat naik kenyataan mengejutkan bahawa dia menghidap penyakit bipolar.

Dalam perkongsian tersebut, Janna berkata dia kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil dua jenis ubat atas nasihat doktor bagi merawat masalah kemurungan.


Janna memberitahu dia menyangkakan selama ini suara-suara dalam yang bermain di fikirannya adalah perkara normal namun dia hanya menyedari selepas mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Janna turut berkongsi pengalaman silamnya ketika berusia lapan tahun dan mendedahkan pernah dua kali cuba untuk membunuh diri.

Perkongsian Janna itu ternyata mengejutkan rakan artis dan netizen yang bersimpati di atas apa yang berlaku serta memberikan kata-kata semangat agar pelakon itu terus kuat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Janna Nick

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: