11 April 2021

MIMI LANA: "SAMA SAHAJA... JADI PELAKON LAMA PULA BUKAN TIKET LAMBAT & BERLAGAK..."



Isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior masih hangat diperkatakan.

Ramai selebriti kita meluahkan pendapat mereka. elakon Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai perkara tersebut. Ujar Mimi, isu disiplin dan etika ketika bekerja di set tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.

Menerusi beberapa untaian twit di laman media sosial Twitter miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini berkata bahawa pelakon tidak kiralah yang baru ataupun senior adalah sama sahaja dan setiap orang haruslah menjaga perangai dan menjadi contoh yang baik ketika bekerja.

"Pelakon barharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set penggambaran.. saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja..," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Mimi lagi, bergelar pelakon senior bukanlah 'tiket' untuk mereka tampil lewat di set penggambaran serta bersikap sombong dan merasakan diri sentiasa betul.

"Jadi pelakon baru bukan ticket untuk bagi Alasan tak baca script atau memahami script, itu dah jadi tanggunjawab . Jadi pelakon lama pulak bukan ticket untuk selalu datang lambat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul," ujarnya lagi.

Terdahulu, beberapa pelakon dan pengarah senior seperti Rusdi Ramli dan Isma Yusoof telah tampil memberi kritikan mengenai sikap pendatang baru dalam industri lakonan tempatan yang didakwa sombong dan mempunyai masalah disiplin.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Mimi Lana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: