21 April 2021

NASH KONGSI KEADAANNYA SELEPAS KEMALANGAN: "BIBIR & SIKU SAYA KENA JAHIT..."



"Bibir saya atas dan bawah kena jahit termasuk siku juga. Apa-apa pun tidak lah teruk sangat... Cuma saya sakit satu badan. Terima kasih Fizz di atas doanya kerana doa dari seorang sahabat itu adalah yang mustajab," kata penyanyi Datuk Nash yang berkongsi keadaannya beransur baik selepas terlibat dalam kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pada jam 4 petang semalam.

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias berkongsi mengenai keadaannya yang terkini ketika berada di hospital di dalam sebuah video yang dihantar kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz dan kemudianya dimuat naik menerusi laman Instagram.

Suami kepada Datin Almy Nadia itu turut meminta semua mendoakan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu 'Pada Syurga Di Wajah Mu' itu.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulilah... abang Nash tak ada apa-apa, cuma ada luka dan sakit badan. Mohon kita sama-sama berdoa agar beliau sihat seperti biasa.. Insyallah doa dari semua, beliau akan sihat secepat yang mungkin. Doa dari anda amatlah di hargai. Amin," tulisnya.

Difahamkan, kereta Toyota Harrier yang dinaiki bekas kumpulan Lefthanded bersama pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur sebelum kemalangan di KM 250.8 (PLUS) arah utara.

Nash kemudian dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizz Fairuz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: