22 April 2021

COVID-19 - SWEET QISMINA DISAHKAN POSITIF



Menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa.

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem 'Tariandi' di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

Dalam kenyataan media tersebut, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan Sweet kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

"Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

"Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.

Klik untuk gambar besar


"Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau," kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Bidadari Salju' ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

"Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh. Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini.

"Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Instagram Sweet Qismina

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: