22 April 2021

'BABY BOY' SELAMAT DILAHIRKAN - AEPUL & ISTERI KINI PUNYAI SEPASANG CAHAYA MATA



"My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi (semalam). Assalamualaikum. Welcome to the world, baby boy.

"I've got a new rocking partner," demikian tulis vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza yang berkongsi berita gembira dimana isterinya, penyanyi dan pelakon Leez Rosli telah pun selamat melahirkan anak kedua iaitu seorang bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Rabu.

Melihat pada entri tersebut di laman Instagram, Aepul atau nama sebenar, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, memuat naik dua keping foto bayi lelakinya yang dilahirkan di Hospital Islam AzZahrah, Bangi, Selangor.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu juga, Aepul, 33, turut meletakkan tanda pagar #NSA memberikan bayangan nama yang akan diberikan buat putera hatinya itu.

Perkongsian itu juga nyata membuatkan para peminat serta rakan selebriti tumpang sama ucapkan syukur seterusnya mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

Untuk makluman, Aepul mendirikan rumah tangga dengan Leez atau nama sebenar, Rosliza Rosli, 34, pada 27 Disember 2014 di Taman Melati, Kuala Lumpur. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha yang kini berusia lima tahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan, Instagram Aepul Roza & Leez Rosli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: