22 April 2021

SARAH HILDEBRAND ALAMI SESAK NAFAS: "SAYA ALERGI BENDA-BENDA MENGARUT"



Pelakon Sarah Hildebrand baru-baru ini telah menghidapi penyakit alahan yang bertambah teruk dek kerana perubahan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, barkongsi keadaan kesihatannya dengan memuat naik foto di laman Instagram dimana dia sedang menerima gas nebulizer di sebuah klinik.

"Berapa ramai daripada anda semua yang ada asma atau alergik? Cuaca sekarang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dari keadaan panas tiba-tiba hujan lebat, setiap hari macam ini.

Klik untuk gambar besar



"Cuaca tidak menentu menyebabkan penyebaran habuk, debu serta kulat disebabkan cuaca lembap (yang menyebabkan pernafasan Sarah terganggu)," katanya.

Sarah juga turut menyelitkan yang dia cukup 'alergi' dengan pelbagai permasalahan isu semasa yang melanda negara pada ketika ini.



"Macam-macam isu jadi pada negara kita sejak kebelakangan ini dan ia juga merupakan salah satu alahan yang saya alami iaitu alergi kepada benda-benda mengarut," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan pelakon berkenaan terus kuat dan cepat sembuh daripada penyakit itu.

Untuk makluman, Sarah memulakan kerjaya seninya pada tahun 2015. Pelakon kacukan Melayu-Amerika ini berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sarah Hildebrand

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: