22 April 2021

ASYRAF KHALID MOHON MAAF ISU TULAR RAMAI MELAWAT SITI NURHALIZA DI HOSPITAL



"Pada asasnya semua ikut SOP. Kami pakai pelitup muka dan sebagainya. Cuma, ketika ambil gambar pihak jurufoto dan jurukamera minta buka. Semua orang yang datang pada hari tu sudah mendapat kebenaran pihak hospital.

"Sebagai anak, apabila Mak Iti (Siti) nak bersalin, tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit saja," demikian perjelasan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Video dimuat naik Asyraf yang memaparkan Siti menerima kunjungan ramai tetamu di hospital selepas melahirkan anak kedua pada 19 April lalu tular sehingga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Asyraf yang juga ahli perniagaan ketika dihubungi berkata, dia bersama individu lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain patuh dengan SOP ditetapkan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Asyraf, dia tidak membawa jurukamera dan jurugambar, sebaliknya disediakan pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP) bagi tujuan rakaman," katanya.

Namun, Asyraf yang juga suami kepada penyanyi dan usahawan, Tya Ariffin memohon maaf sekiranya perkara itu mengundang pertikaian segelintir pihak.

"Mungkin ada juga salah saya di situ dan saya belajar dari kesilapan itu. Kalau ikut kebiasaan, jika dapat adik baharu mestilah nak kena pergi tengok. Tapi, dalam keadaan sekarang normal itu sudah berubah.



"Jadi, saya minta maaf jika perkara ini ada mengguris sesiapa termasuk netizen. Saya dengan keluarga okay. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda," tuturnya.

Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam di laman Instagram dan saluran YouTube Tya Ariffin Family. Terdahulu, tular gambar dan video memaparkan Siti menerima kunjungan ramai termasuk jurugambar dan jurukamera selepas dia melahirkan anak di sebuah pusat perubatan di Selangor hingga mengundang kecaman netizen.

Untuk makluman, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini sudah berusia tiga tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Asyraf Khalid & Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: