26 April 2021

PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB GODAM AKAUN INSTAGRAM DIDIE ALIAS



"Instagram @ladydidiemsia baru sahaja digodam! Tolong semua. Kongsikan," tulis pelakon Nad Zainal mengenai akaun Instagram rasmi milik rakannya, pelakon dan pengacara Didie Alias dimana ia telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara berkenaan dikongsikan Nad dengan memaklumkan perkara tersebut sambil memuat naik tangkap layar akaun pelakon berusia 49 tahun itu.

Hasil tinjauan mendapati akaun pelakon drama 'Takdir Yang Tertulis' itu sudah tidak mempunyai gambar profil selain semua gambar dan perkongsiannya sudah dipadamkan.

Klik untuk gambar besar



Didie sebelum ini mempunyai seramai lebih 515,000 pengikut dan mengikuti 204 orang dalam Instagram. Bagaimanapun, angka pengikutnya tidak berubah selepas akaunnya digodam tetapi jumlah orang yang diikutinya berubah kepada hanya dua orang.

Menyedari perkara tersebut, pengikut Instagram Nad berpendapat kemungkinan Didie terbuka kiriman mesej dihantar penggodam yang menyamar sebagai akaun rasmi Instagram.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: