26 April 2021

IZARA AISHAH TAK ANGGAP ORANG TIDAK BERPUASA MAKAN DEPANNYA BIADAP



"Kepada rakan-rakan bukan Islam dan kaum wanita yang uzur, saya tidak kisah sekiranya anda hendak makan di hadapan saya, perkara itu tidak kurang ajar. Islam ialah agama yang tidak menyusahkan.

Tindakan (makan sorang-sorok) itu ialah satu budaya dan saya tidak mempraktikkannya," demikian tulis pelakon Izara Aishah yang bersikap terbuka dimana dia tidak kisah mereka bukan Islam dan wanita tidak boleh berpuasa makan di hadapannya ketika bulan Ramadan.

Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai makan di khalayak ramai ketika bulan Ramadan bagi yang bukan Muslim dan wanita yang datang bulan.

Klik untuk gambar besar



Kata Izara lagi, Islam merupakan agama yang sangat mudah mudah. Katanya mereka yang menganggap perbuatan sebagai biadap hanya budaya diamalkan segelintir pihak.

Bagamanapun, perkongsian Izara itu mendundang kecaman netizen yang rasa kurang senang segelintir netizen dengan pendapatnya. Meskipun ada yang mengecam, namun ada yang menyokong pendapat pelakon itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & CARI Forum

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: