26 April 2021

SOAL ZURIAT - HAZAMA & ISTERI TAK BERPUTUS ASA, PERCAYA BELUM REZEKI LAGI



Penyanyi Hazama yang sudah lebih empat tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik, Genervie Kam, dilihat bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama isteri tersayang.

Sama seperti pasangan lain, Hazama berkata dia dan isteri masih menantikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap rumah tangga. Meskipun belum dikurniakan cahaya mata, namun Hazama memberitahu dia dan isteri tidak berputus asa serta percaya mungkin belum rezeki lagi untuk diberikan zuriat.

"Saya dan isteri bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Kami juga berserah kepada qada dan qadar. Mungkin ada sebabnya. Mungkin Allah tahu dan mengerti yang saya dan isteri masih belum bersedia menggalas tanggungjawab serta amanah sebagai ibu bapa. Mungkin saat tibanya masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat," katanya.

Dalam pada itu, Hazama berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh dia dan isteri untuk mendapatkan zuriat serta pernah memikirkan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), namun rezeki belum memihak kepada mereka.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo
         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: