27 April 2021

DIKOMPAUN RM60,000 - NEELOFA TERIMA DENGAN HATI TERBUKA, JADIKAN PENGAJARAN



Selepas sebulan berlalu, selebriti terkenal, Noor Neelofa bersama suami serta ahli keluarga telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000. Kompaun tersebut tersebut dikenakan setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinannya selain merentas negeri.

Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19. Memetik perkongsian Astro Awani, untuk kesalahan pertama, usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan Sosial ketika majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.

Kesalahan kedua, Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Sementara itu, suami Neelofa iaitu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pula dikompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Klik untuk gambar besar



Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,5000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Ditanya berhubung kompaun berkenaan, bekas hos program MeleTOP ini tampil menjelaskan, dia telah dimaklumkan mengenai perkara terbabit dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia pada masa sama turut menjadikan ia sebagai pengajaran dan peringatan.



"Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya serta semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP," katanya.

Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dengan baik di dalam menguruskan kesnya: "Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian," tuturnya lagi.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Awani, Media Hiburan & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: