27 April 2021

'MUHAMMAD AFWA' - NAMA ANAK LELAKI SITI NURHALIZA



"Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini (semalam), 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

"Alhamdulillah, hari ini (semalam), suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

"Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut Afwa. Afwa melengkapkan Afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap Afiyah.

Klik untuk gambar besar



"Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya," demikianlah tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza dimana penyanyi nombor satu negara itu mengumumkan nama anak keduanya yang diberi nama 'Muhammad Afwa', selepas genap seminggu kelahiran.

Siti turut berkongsikan maksud namanya iaitu keampunan atau kemaafan. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Siti memuat naik wajah putera hatinya itu. Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar anak keduanya itu sentiasa berada dalam keampunan dan kemaafan Yang Maha Esa.



Pada 19 April lalu, Siti selamat melahirkan anak kedua yang merupakan anak lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor. Untuk makluman, Siti dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah berkahwin pada 21 Ogos 2006. Cahaya mata pertama pasangan ini bernama Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun dimana ia juga menerusi proses IVF.

Malam ini jam 9, Siti juga akan melancarkan video muzik rasmi lagu berjudul 'Anakanda' di saluran YouTubenya dengan menampilkan Afwa.












www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: