27 April 2021

11 TAHUN BERSAMA - LEE KWANG SOO UCAP SELAMAT TINGGAL RUNNING MAN



Jika sebelum ini Kang Gary meninggalkan rancangan variasi popular Korea iaitu Running Man, terkini Lee Kwang Soo pula mengucapkan selamat tinggal setelah lebih 11 tahun bersama program kegilaan ramai itu.

Menurut jurucakap SBS selaku penerbit, keputusan berkenaan bukan mudah namun terpaksa reda untuk melepaskannya. Mereka menghormati keputusan dibuat Kwang Soo, 36, itu.

"Anggota Running Man dan kru produksi semuanya terbabit dalam perbincangan panjang mengenai hasrat Kwang Soo meninggalkan program itu. Namun, semua menghormati keputusannya.

"Selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, dia menjalani terapi fizikal berterusan dan pada masa sama bekerja keras menjayakan rakaman Running Man. Ia bukan tugas mudah menyebabkan dia akhirnya menyuarakan dilema itu.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun kami masih berbesar hati untuk terus bekerja dengannya, keputusan Kwang Soo adalah lebih penting. Memang sedih untuk mengucapkan selamat tinggal, namun kami akan terus menyokong kerjayanya selepas ini," kata jurucakap itu.

Kwang Soo yang merupakan seorang pelakon itu menjadi tonggak utama kejayaan program itu sejak diterbitkan pada 2010. Hakikatnya, ramai kalangan penonton terhibur dan sentiasa menantikan gelagatnya.

Terdahulu, agensinya King Kong by Starship memaklumkan penggambaran terakhir Kwang Soo untuk program itu adalah pada 24 Mei ini. Setakat ini, SBS belum ada perancangan mencari penggantinya.









www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Running Man

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: