27 April 2021

"BERGADUH PUN MAK TAK TAHU" - FIZO AKUI IBU TAK CAMPUR TANGAN HAL RUMAH TANGGA



"Mak saya tak pernah campur tangan, jenis yang diam dan tak ambil tahu. Jika kami bergaduh pun mak tak tahu. Pada mulanya saya simpan, tapi bila tinggal serumah ni orang tua, dia lebih makan garam, lebih tahu dan syak. Jadi kalau boleh cuba elakkan.

"Macam saya, saya cuba elakkan. Saya tak akan cerita sebab bila kita cerita, kita tengah panas tengah marah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.

"Jika nak bercerita atau perlukan seseorang untuk berkongsi sebaik-baiknya biarlah reda dulu, fikir positif. Boleh nak bercerita tapi biarlah sejuk dahulu," kata pelakon Fizo Omar yang memberitahu ibunya tidak pernah campur tangan dalam membuat keputusan atau apa sahaja hal berkaitan rumah tangganya.

"Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mena-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau belah Mawar. Mungkin bila kita ambil pendekatan untuk berdiam diri, jadi keluarlah macam-macam spekulasi. Jadi pada saya tak perlu menjawab, tak perlu saya mengiya atau menidakkan, biarlah benda itu antara rahsia saya dan Mawar.

Klik untuk gambar besar



"Bagusnya saya dan Mawar terus berdiam diri tanpa membuka pekung atau membuka aib mana-mana pihak. Sebab semua orang ada salah semua orang ada kebaikan dia," ujarnya.

Fizo berkata ibunya tidak pernah campur tangan dalam membuat keputusan atau apa sahaja hal berkaitan rumah tangganya.

Untuk makluman, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: