10 April 2021

"SEJAK SAKIT, TAK ADA RAKAN ARTIS KUNJUNGI..." - MAT SENTUL SEMAKIN UZUR, RINDU KAWAN



"Keadaan kesihatan Pak Mat dilihat semakin merudum dimamah usia dengan kebanyakan masa di rumah dia hanya terlantar dan terbaring sahaja. Percakapannya kurang jelas dan perlu dibantu oleh anaknya untuk bergerak kemana-mana.

"Mat Sentul rindu untuk bertemu rakan seperjuangannya. Katanya, sejak dia sakit, tak ada rakan artis yang mengunjunginya..," ujar wakil Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasir Ishak mengenai keadaan terkini seniman lagenda, Mat Sentul.

Mat Sentul dahulunya pernah menjadi penghibur kepada seluruh lapisan masyarakat, tidak kiralah yang tua atau muda di Malaysia. Mula menjadi bintang penghibur dalam industri seni tempatan sekitar tahun 1960-an dahulu, kini namanya hanyalah sekadar memori dan semakin dilupakan.

Klik untuk gambar besar



Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya difahamkan sudah semakin uzur dan terlantar sakit di kediamannya yang terletak di Larkin, Johor.

Dia kini juga memerlukan bantuan daripada anaknya untuk bergerak serta mendapatkan rawatan susulan berterusan daripada Hospital Sultanah Aminah (HAS).

Pelakon veteran itu telah mendapat perhatian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang telah menziarahi pelakon filem 'Mat Bond' itu di rumahnya baru-baru ini.



"Keadaan kesihatan Pak Mat dilihat semakin merudum dimamah usia dengan kebanyakan masa di rumah dia hanya terlantar dan terbaring sahaja. Percakapannya kurang jelas dan perlu dibantu oleh anaknya untuk bergerak kemana-mana," ujar wakil MAINJ, Nasir Ishak kepada sebuah portal berita.

Dalam pada itu, meskipun keadaan Mat Sentul semakin uzur namun daya ingatannya masih kuat dan turut meluahkan rasa kerinduan terhadap rakan-rakan seperjuangannya dahulu.

Apa-apa pun, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan syafakallah diucapkan buat pelakon lagenda negara, Mat Sentul.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: