14 April 2021

SELESAI PROJEK DI KOREA - HAN BYUL KEMBALI KE MALAYSIA SELEPAS SETAHUN



Juara musim kedua program realiti, Big Stage iaitu Han Byul kini sudah kembali ke Malaysia, selepas setahun pulang ke Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Penyanyi lagu 'Luka dan Bahagia' itu selesai menjalani proses kuarantin selama tujuh hari di sebuah hotel di ibu negara, sebaik menjejakkan kaki di Malaysia pada 31 Mac lalu.

"Lucunya, ketika saya berkongsi cerita sudah tiba di Kuala Lumpur dalam media sosial, ada peminat fikir saya bergurau. Tidak kurang juga menyangka perkongsian itu usikan 'April Fool'," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut artis naungan syarikat pengurusan, Laugh Out Loud Entertainment ini, sepanjang setahun di Seoul, dia menyempurnakan beberapa projek selain berehat.

"Saya mengikat kontrak bersama syarikat muzik baharu dan merakamkan single berjudul 'Used To This'. Rangka kerja termasuklah menyiapkan video muzik dan urusan lain yang mengambil masa enam bulan.



"Single itu dilancarkan Januari lalu dan dipromosikan selama hampir sebulan. Saya turut melancarkan lagu runut bunyi K-drama Mr Queen diberi judul 'Like A Star'," jelasnya.

Teruja pulang ke Malaysia yang dianggap rumah keduanya, Han atau nama penuhnya, Jang Han-byul bersemangat menghangatkan trek seni di negara ini.

"Saya dimaklumkan pihak pengurusan, saya terbabit dalam beberapa drama dan telefilem serta komitmen seni lain. Pendek kata, saya tidak sabar mahu memberikan 100 peratus komitmen," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Han Byul

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: