02 April 2021

"SIAPA NAK BAGI ANAK ISTERI SAYA MAKAN" - AWIE KOMEN ISU IKUTI TABLIGH 44 HARI



Umum sedia mengetahui sejak kebelakangan ini ada beberapa selebriti dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh untuk mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri ke jalan Allah.

Penyanyi Datuk Awie juga tidak ketinggalan apabila mengakui turut diajukan soalan berkenaan tabligh daripada peminatnya, selepas melihatkan beberapa rakan artis seangkatan dengannya berhijrah dengan mengikuti kumpulan tersebut.

Menurut Awie, cara dan jalan hidup seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sesiapa melainkan individu itu sendiri. Ujarnya, jika dia berbuat demikian siapa yang akan menjaga keluarganya.

"Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikut jemaah tabligh) sampai 44 hari, siapa nak bagi anak isteri saya makan. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah.

"Adakah kita perlu duduk dalam pertubuhan untuk cari jalan Allah? Lebih baik kita duduk berteleku mencari guru, one to one, tak faham boleh tanya orang," katanya.

Tiada niat untuk memperlekeh pertubuhan tabligh, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, memberitahu yang dia menghormati setiap jalan hidup yang dipilih oleh mana-mana pihak.

"Saya tak membangkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu) dan kita perlu menghormatinya. Tak semestinya kita berpakaian sebegini, kita tak nak jumpa Tuhan. Adakah kita perlu ikut cara orang Pakistan, cara orang Arab seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: