02 April 2021

NEELOFA & PU RIZ NAIKI KERETA KABEL: "LAIN MACAM CAWANGAN CHATIME LANGKAWI"



Spekulasi mengenai kehadiran Noor Neelofa ke Langkawi akhirnya terjawab apabila selebriti popular itu difahamkan pergi ke sana adalah atas urusan kerja bersama syarikat minuman Chatime.

Bagaimanapun, sejak semalam hangat diperkatakan apabila usahawan itu berkongsikan video di Insta Story menaiki kereta kabel bersama suaminya, PU Riz.

Melihat pada video yang dikongsikan, pasangan pengantin baharu itu dilihat berpegangan tangan sambil menikmati keindangan pemandangan di puncang gunung.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, perkongsian video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan adakah cawangan baru dibuka di kereta kabel.

Tidak kurang juga ada yang menyindir cawangan baru yang bakal dibuka di Langkawi itu lain daripada yang lain apabila perlu menaiki kereta kabel terlebih dahulu.

Semalam, Neelofa tampil memberi respons mengenai kontroversinya ke Langkawi. Neelofa meluahkan rasa syukur kerana di atas kekecohan tersebut sekaligus memberi 'marketing' percuma pada peniagaannya meskipun belum dilancarkan lagi.




www.myartis.com / Sumber: Ohmymedia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: