29 April 2021

SWEET QISMINA BERSYUKUR KINI SUDAH BEBAS COVID-19



"Finally Covid-19 Free! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Syukur Ya Allah. Thank you PKRC Ipoh, Dr Yus & Team, PKD Kuala Kangsar, Hospital Kuala Kangsar, team shooting saya & my new friends!

"It was tough mentally physically but Alhamdulillah dapat tempuh jua COVID. IS. REAL. Tolong Jangan Buat Main. If you sayang your family, jaga diri jaga jarak, buat swab test bila perlu, dan yang paling penting, TOLONG. JANGAN. SELFISH.

"Ada yang beriya jaga tapi kena positive, tak ada siapa yang nak penyakit ni, I la antara orang yang sanggup swab test 2 minggu sekali tapi bila Allah kata nak kena, mmg nak kena jugak. So don’t blame people for this please. Semua kuasa Allah & Allah tahu kita kuat untuk semua ni.

"Terima kasih untuk satu pengalaman yang luar biasa. TERIMA KASIH (also do pray untuk kakak2 saya di maeps serdang & semua pesakit yang tengah kuat menempuh ujian ini)," tulis pelakon Sweet Qismina yang berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini disahkan bebas daripada Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Sweet menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa syukur kepada Tuhan di atas penyembuhan ini. Dalam hantaran sama, Sweet mengingatkan masyarakat supaya tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

Menurutnya, dia adalah antara individu yang sanggup melakukan ujian calitan setiap dua minggu untuk memastikan kesihatannya berada dalam keadaan baik, namun, tetap diuji dengan penyakit ini.

Sweet juga menitipkan ucapan terima kasih kepada petugas perubatan yang menjaganya sepanjang menjalani kuarantin. Pada 21 April lalu, Sweet berkongsi berita mengenai dirinya yang disahkan positif dijangkiti Covid-19 di Instagram.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: