"Nah jawapan yang selama ni korang tunggu #BabyKM," demikian tulis usahawan Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM yang berkongsi berita mengenai kehamilannya, malam Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri itu menerusi satu hantaran terkini di laman Instagram.
Bagaimanapun tidak seperti orang lain, Kak KM memilih cata paling rare untuk mengumumkan kehamilannya itu. Di dalam video tersebut merakamkan Kak KM sedang duduk di atas mangkuk tandas dan menunjukkan hasil kit ujian kehamilan sambil disambut jeritan tanda teruja dan gembira.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan juga rakan selebriti mengucapkan tahniah di atas perkongsiannya itu. Sehingga kini, video tersebut sudah pun meraih hampir 200,000 tontonan.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Instagram Liana Rosli
________________________

No comments:
Post a Comment