30 April 2021

SWAROVSKI TIDAK LAGI BEKERJASAMA - NEELOFA JELAS KONTRAK TAMAT DISEMBER 2020



Isu usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa yang dikenakan kompaun kerana melanggar standard operasi prosedur (SOP) hangat diperkatakan, sejak beberapa hari lalu.

Susulan isu tersebut, kecoh di media sosial apabila akaun syarikat batu kristal mewah dunia, Swarovski memaklumkan mereka sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Menerusi paparan skrin dikongsikan, Swarovksi menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang membandingkan dengan selebriti Korea Selatan.

Kata netizen tersebut, mana-mana selebriti Korea Selatan akan digugurkan sebagai duta jika terpalit dengan isu seakan sama dengan Neelofa.

Klik untuk gambar besar





Swarovski dilihat membalas status netizen berkenaan dengan mendedahkan status terkini kerjasama bersama bekas pengacara MeleTOP itu sekaligus mengejutkan netizen.

Neelofa merupakan wanita berhijab pertama dunia muncul sebagai penghias billboard jenama mewah itu sejak 2017. Malah, busana nikahnya turut dihiasi dengan 5,000 batu kristal Swarovski.

Sebelum ini, Neelofa, suami, PU Riz dan 20 angota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).



Neelofa bagaimanapun tampil menjelaskan kontraknya bersama jenama aksesori perhiasan diri terkenal itu sebenarnya sudah berakhir sejak Disember lalu tetapi hubungannya bersama jenama tersebut kekal baik dan senang dengan situasi sedemikian.

"Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies," jelas pengacara program Islamik, NTN itu menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, persalinan rona putih yang dikenakan Neelofa pada hari perkahwinannya, turut menggunakan lebih 5,000 butir perincian Swarovski. Malah, tetamu yang hadir turut selain diraikan oleh 'doorgift' daripada jenama tersebut selain produk tajaan lain.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: