"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
"Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa. Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh.
"I love you so much," demikian tulis pelakon Tasha Shila yang memaklumkan berita gembira dimana dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang merupakan bayi lelaki, semalam (24 April 2021).
Klik untuk gambar besar
Dalam entri tersebut, Tasha turut memuat naik beberapa keping gambar bayinya namun tidak didedahkan wajahnya. Menerusi perkongsian itu, Tasha juga meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
Tasha dalam masa sama menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Atiq Idris yang sentiasa membahagiakan serta memberi semangat di waktu sukar.
Untuk makluman, Tasha Shilla mendirikan rumah tangga dengan Atiq Idris pada 28 Februari 2020. Tasha dan suami mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan sudah mencecah 5 bulan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Tasha Shilla
________________________

No comments:
Post a Comment