26 April 2021

"KAU DAH KENAPA GILA" - MICHAEL ANG BERANG ISU VIDEO PELAJAR DAKWA GURU GALAK ROGOL



Baru-baru ini, tular video seorang pelajar yang mendedahkan perbuatan guru tersebut di laman TikTok. Dakwa pelajar berkenaan, pada mulanya pembelajaraan tersebut berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut sehinggalah guru mata pelajaran pendidikan jasmani itu memulakan gurauan mengenainya.

Video tersebut telah mendapat perhatian penerbit, pengarah dan pelakon Michael Ang yang meluahkan rasa berang selepas mendapat tahu seorang guru di sebuah sekolah didakwa bergurau keterlaluan sehingga seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol. Menurut Michael, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan mempertikaikan kredibiliti guru tersebut.

"Salam semua. Whichever TEACHER yang ajar kelas budak ni and buat joke tu, I have one thing nak Cakap kat Teacher tu! "Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?" Anyway bawah 18 atau atas 18 ke RAPE and SEXUAL HARASSMENT SHOULD NOT AND NEVER SHOULD HAPPEN TO ANYONE GIRL ATAUPUN BOY!

Klik untuk gambar besar



"Kalau dah sangap naw naw DIY aje atau tengok aje PORN! Apoooooo! Luv u all and stay safe! By the way, please ban the teacher to ever teach again!" kata Michael yang berkongsi luahan tersebut dengan memuat naik video pelajar berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.

Michael yang amat berang dengan apa yang berlaku meminta guru tersebut diberhentikan tugasnya segera. Video dan isu pelajar tersebut turut mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Ismail dimana beliau menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat dakwaan mengenai kelakuan guru mata pelajaran pendidikan jasmani itu.








KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Michael Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: