13 April 2021

TAHNIAH - EIZLAN YUSOF & ISTERI SAMBUT KELAHIRAN ANAK DI RAMADAN PERTAMA



"Alhamdulillah yayang (nama panggilan isterinya) @sashaboudville & Baby ZR❤ (gelaran untuk bayi mereka) berada dalam keadaan yg baik. Terima kasih diatas doa & ingatan yg baik buat kami sekeluarga 🥰.

"Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya @viezaarakhan @zareefyusofofficial @viezaalia disambut bersama dengannya 🤩 #EizlaNatasha #BabyZR❤," demikianlah tulis pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang berkongsi berita gembira dimana isterinya, Datin Seri Natasha Rosa telah pun selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, pada Selasa.

Lebih menarik, kelahiran anak Eizlan, 50, dan isteri menjadi kenangan manis buat pasangan ini apabila ia disambut ketika bermula Ramadan pertama.

Klik untuk gambar besar



Eizlan menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur dan memuat naik rakaman video sedang mendukung bayi pertama hasil perkahwinannya dengan Natasha.

Dalam perkongsiannya itu, Eizlan bagaimanapun tidak menyatakan jantina bayi tersebut. Untuk makluman, ini merupakan anak keempat Eizlan, tiga daripadanya hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8 tahun.



Dalam pada itu, pelakon filem 'Town Mall' ini memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

Terdahulu, Eizlan yang mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa Boudville, 30, di Putrajaya pada 12 Disember 2019 itu berkata anak-anaknya yang lain teruja menerima kehadiran adik baharu.

"Anak-anak yang lain memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung. Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki ataupun perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Eizlan Yusof & Natasha Rosa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: