01 April 2021

TAHNIAH - NAD ZAINAL SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



"Alhamdulillah, segalanya lancar dan dipermudahkan. Insyallah, jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran. Nama pun belum fikir lagi. Apapun, terima kasih atas doa dan ucapan daripada semua," demikian kata pelakon Nad Zainal, 30, yang selamat melahirkan cahaya mata kedua seberat 2.9 kilogram pada Selasa lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Meluahkan rasa syukur proses kelahiran dipermudahkan, Nad memberitahu dia akan mendedahkan jantina anak pada hari ketujuh kelahiran. Kata Nad lagi, dia bagaimanapun belum memikirkan nama untuk bayinya itu.

Nad turut berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik foto dirinya memangku bayi keduanya itu. Sebelum ini, pelakon drama 'Takdir Yang Tertulis' itu berkongsi perasaan gementarnya kembali menjaga bayi selepas lima tahun.

Untuk makluman, Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim kini berusia lima tahun.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nad Zaizal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: