30 April 2021

UCAPAN RITA SEMPENA HARI LAHIR ANAK KEDUA: "ALLAH BAGI FOLLOW MUKA MOMMY, ADIL KAN"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Rita Rudaini telah memuat naik video mengimbau kenangan sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna Mohamad Aidil Zafuan yang ke-10.

Melihat pada video yang memaparkan Qaqa sewaktu masih kecil, Rita turut memasukkan beberapa keping gambar anaknya bersama bapanya, Aidil Zafuan. Mengenang kembali kelahiran anaknya itu, Rita berkata Allah Maha Adil apabila wajah anak keduanya mirip wajahnya.

Dalam entri tersebut, Rita turut mendoakan anaknya itu berikan kesihatan yang baik, bijak, serta seorang Muslim yang taat pada perintah Allah.

Klik untuk gambar besar





"Tepat jam 1.26 tengahari harini (semalam) 29/4/2011... mommy lahirkan seorang bayi comel putih melepak macam mommy dia and muka yang kedua ni ALLAH bagi pulak follow muka mommy.. adil kan...

"Tak ade apa yang mommy harapkan... setiap hari, setiap tahun mommy berdoa supaya AIRIT QAQA ARJUNA BIN MOHAMAD AIDIL ZAFUAN di beri kesihatan yang baik, di kurniakan akhlak yang baik, bijak dalam ALQURAN, pelajaran dan hidup, jadi seorag muslim yang taat pada perintah NYA.... Selamat hari lahir anakku @airitqaqa727 #birthdayboy," tulisnya.


Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pelakon itu dalam mendidik dan membesarkan cahaya mata seorang diri.

Dalam pada itu, Rita dilihat ada membalas komen seorang netizen yang bersimpati dengan nasib kedua anaknya yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.


www.myartis.com / Foto: Instagram Rita Rudaini

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: