01 May 2021

TAK DAPAT SAMBUTAN DI INDONESIA - DRAMA NUR HANYA DISIAR 1 EPISOD


"Kalau betul Nur hanya ditayangkan satu episod saja pun, bagi saya tidak ada isu. Lagi pula saya menghasilkan drama ini mengikut selera penonton kita, bukan ikut kehendak penonton di sana.

"Jadi, apabila drama ini ditayangkan di sana, kita tak jangka ia akan diterima atau tidak. Selera penonton berbeza," kata penerbit dan pengarah Nur, Shahrulezad Mohameddin dipetik melalui Harian Metro.

Tambahnya, drama tersebut dihasilkan mengikut selera penonton rakyat Malaysia dan bukan selera penonton di sana.



Semuanya gara-gara drama bersiri popular Malaysia, 'Nur', yang menembusi pasaran negara jiran, Indonesia baru-baru ini dilaporkan hanya bertahan disiarkan satu episod sahaja di stesen MNCTV.

Stesen TV tersebut kemudiannya menggantikan 'Nur" dengan sinetron lain dari negara itu hingga menjadi tular di laman sosial.

Menurut mereka, 'Nur' terbitan produksi Radius One itu tidak mencapai jumlah tontonan atau rating yang sepatutnya hingga terpaksa dihenti tayang.



Ia awalnya disiar pada waktu puncak (tempoh paling tinggi penonton) di MNCTV pada 13 April lalu selama sejam bermula 4.30 pagi Waktu Indonesia Barat (5.30 pagi waktu Malaysia).

Ketika tayangan, drama Nur juga paling banyak iklan ditayangkan dalam semua program ke udara kerana masa itu lebih 200 juta umat Islam di Indonesia sibuk bersahur sebelum solat fardu subuh. Untuk info, awalnya pihak MNCTV menganggap drama rantaian Nur sangat menarik, menghiburkan dan merupakan hasil kerja produksi yang hebat serta ia berbeza berbanding program biasa yang ditayangkan dalam stesen TV tersebut.

Ianya diambil inspirasi dan dijadikan sinetron di sana yang berjudul 'Bismillah Cinta', di mana ia telah ditayangkan sejak 12 April yang lalu.

Untuk imbasan, 'Nur' mendapat 10 juta tontonan ketika ditayangkan di TV3 pada 2018. Ia dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azar Azmi dan ramai lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: