30 April 2021

"TERIMA KASIH USTAZAH..." - FOUZIAH GOUS BERSYUKUR BERJAYA KHATAM AL-QURAN



"Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya. Official khatam bersama Ustazah Fadzilah. Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur, sanggup ikut masa saya dan banyak lagi.

"One picture for my feed untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH," demikian tulis pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous yang meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberinya kesempatan untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini.

Tambah menggembirakan apabila Fouziah difahamkan berjaya menghabiskan bacaannya itu pada hari sambutan Nuzul Quran. Menurut Fouziah, dia juga ingin menitipkan ucapan terima kasih buat gurunya yang telah membimbingnya sepanjang proses tersebut berlangsung.

Klik untuk gambar besar



Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi posting terkini di laman Instgram. Dalam pada itu, Fouziah turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai salah satu kenangan paling indah di dalam hidupnya selama ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menyifatkan kejayaan Fouziah ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sedang berusaha untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan ini.







www.myartis.com / Foto: Instagram Fouziah Gous & Zhafran Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: