06 April 2021

"YA KAK KEPOM PREGNANT" - ELLY MAZLEIN



"Bismillahirrahmannirrahim.. Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir Nyawa kecil dalam keluarga kami. Atok akn dapat cucu lagi.. Papa akan dpt seorang lagi anak manja dan Kakak Manja akan dapat Adik (tapi kakak Manja mintak "Sister" 🤗.. mana-mana pun takpe, Hanya menDoakan Baby sihat & dipermudahkan)

"Dan Mama tak saba nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua.. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian datang menerpa.. Doa saya, agar Allah permudahkn urusan anda smua ..

"Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant. Terima kasih ❤❤❤," demikian tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak keduanya, selepas sejak kebelakangan ini tular spekulasi 'baby bump'.

Klik untuk gambar besar



Berkongsikan berita gembira di laman Instagram lewat malam tadi, Elly meluahkan rasa syukur bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Bagaimanapun, menerusi perkongsian itu Elly tidak berkongsikan usia kandungannya. Dalam pada itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraannya dan anak dalam kandungan.

Ini merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua dengan pasangan, Muhammad Azlan Che Nuh manakala Sefhia adalah cahaya mata dari perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, pengarah drama Azmi Hatta.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Elly Mazlein

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: