05 April 2021

"DAH SELESAI SEMUANYA" - NADIA BRIAN SAHKAN SUDAH CERAI TALAK SATU



"Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.20 malam. Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami. Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya okey," demikian kata pelakon Nadia Brian yang mengesahkan dia dan suami iaitu Muizz Nasruddin kini sudah sah bercerai talak satu pada Sabtu lalu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, memberitahu perceraian itu dilakukan di luar mahkamah seperti diminta oleh Muizz.

Sebelum ini, Nadia dan Muizz berdepan isu pergolakan rumah tangga sehingga ia hangat diperkatakan sejak Oktober lalu. Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.

Bagaimanapun pelakon drama 'Titian Takdir' itu menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini malah menyifatkan ia sebagai fitnah semata-mata.

Klik untuk gambar besar



Memegang status baharu, pelakon filem 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda' ini berkata fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya seni dan keluarga. Lebih-lebih lagi, tanggungjawabnya terhadap ibu dan nenek yang perlu diberi perhatian utama.

"Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek. Nenek ada lagi jadi kena berbakti lebih pada orang tua," ujarnya.

Untuk makluman, Nadia berkahwin denga Muizz pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Nadia Brian & Muizz Nasruddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: