05 April 2021

"SORRY I ORIGINAL YA, I'M MOTHER OF TWO" - BALAS EINA AZMAN BILA DISAMAKAN DENGAN SAJAT



Bagi yang sering mengikuti laman sosial pelakon Datin Paduka Eina Azman, pasti tahu dia menitikberatkan soal kecantikan dirinya dengan sering melakukan aktiviti senaman di gimnasium.

Meski pernah melahirkan anak kembar sepasang iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey, pelakon berusia 26 tahun ini kelihatan masih langsing dan jelita.

Eina yang kini kembali aktif menghiasi drama-drama tempatan itu baru-baru ini telah berkongsi beberapa rakaman video yang memaparkan bentuk tubuhnya yang kini langsing dan cantik.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri yang dimuat naik di laman Instagram, Eina mengatakan bahawa usaha untuk mendapatkan figura seperti itu memerlukan kesabaran dan semangat yang konsisten. Perkongsian Eina telah itu mencuri perhatian peminat.

"Don't wish for it. Work for it Yes I'm a mother of twins," tulis Eina atau nama lengkapnya Ainur Syakina Azman.

Namun di sebalik komen positif, Eina turut menerima komen seorang pengguna media sosial yang telah menyamakan dirinya dengan usahawan kosmetik kontroversi, Sajat.



Tenang menjawab kritikan netizen, Eina dilihat telah menjadi 'role model' serta pembakar semangat kepada mereka di luar sana yang ingin bertubuh langsing serta sihat.

"Macam Sajat dah tengok," tulis individu berkenaan di ruangan entri tersebut

"Sorry I original ya. I'm mother of two," balas Eina.



Ujar pelakon drama 'The Maid' ini lagi, tidak perlu melakukan perubahan drastik seperti pembedahan buang lemak jika mahu cantik dan langsing tubuh badan sepertinya.

"Nak badan cantik tak semestinya kena pergi operate. Kita lakukan senaman, jaga makan. Pasti boleh lebih cantik dan original," ujar Eina lagi.

Untuk makluman, Datin Paduka Eina Azman telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada tanggal 31 Disember 2014 yang lalu dan kini dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Eina Azman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: