05 April 2021

UMUR CECAH 70 TAHUN - JAAFAR ONN BERSYUKUR 'JOB' MAKIN KENCANG



Pelakon senior dan juga pengacara terkenal, Jaafar Onn yang bakal genap usia 70 tahun pada Oktober ini meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik pada ketika ini.

Jaafar Onn berkata bahawa dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik seperti yang biasa dialami warga emas seperti penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.

Pelakon yang terkenal dengan drama telemovie 'Cili Padi' ini juga mendedahkan bahawa dia sering mengamalkan makanan berunsurkan herba bagi menjaga kesihatannya sejak dahulu lagi.

Klik untuk gambar besar



"Saya mengamalkan makanan herba bagi menjaga kesihatan sejak dulu lagi.. Saya tak ambil gula... memang rumah saya tiada gula dan saya selalu amalkan air lemon tanpa gula setiap pagi, petang dan malam," katanya.

Dalam pada itu, bintang filem 'Gemerlapan' ini juga khabarnya semakini dihujani tawaran berlakon dan mengacara dan memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan tawaran yang diberikan kepadanya walaupun pada usia emas.



Ujar Jaafar Onn lagi, dia juga mempunyai pembantu peribadi iaitu anaknya sendiri yang sedikit sebanyak membantu kegiatan harian seperti makan minum dan pengangkutan ke set penggambaran.

"Saya tiada masalah sebab mempunyai pembantu peribadi, dia akan bawa kereta... makan minum kita semua dia jaga," ujarnya.

Sekadar info, Jaafar Onn atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang ini dilahirkan pada 19 Okotber 1951 dan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1983 sebelum bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup itu, dia dan bekas isteri telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Jaafar Onn

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: