25 April 2021

ZARINA ZAINUDDIN: "BUKAN SAYA YANG MEMUAT NAIK... TAPI MEMANG AZAL SENDIRI"



"Bukan saya yang memuat naik hantaran itu. Tapi memang Azal sendiri... Tengoklah Bahasa Inggeris yang digunakan. Saya ni pandai nak tulis-tulis macam-macam tu. Lagipun IG Azal memang di yang kendalikan sendiri.

"Saya sendiri nak kadang-kadang tak sempat nak memantau kerana sibuk dengan kerja," jelas pelakon Zarin Zainuddin yang menafikan tuduhan segelintir wargamaya yang mengatakan dia memuat naik hantaran Instagram (IG) di laman sosial anak istimewanya, Azal Azrai.

Azal baru-baru ini memuat naik hantaran mendakwa beberapa orang selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Noor Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Zarina memohon maaf kepada rakan-rakan selebriti yang tersinggung dengan perbuatan anak istimewanya itu dimana baru-baru ini memuat naik foto beberapa selebriti tanah air dan mendakwa mereka melanggar SOP.

"Saya mohon maaf kepada rakan-rakan semua. Azal memang sering menulis dan bercakap mengikut kata hati. Apa yang dia nampak itulah yang dia akan tulis. Dia anak yang jujur tidak tahu nak bercakap berpusing-pusing. Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus," ujarnya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azal Azrai

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: