11 May 2021

ADI PUTRA BENGANG LOKASI VAKSIN BERUBAH TEMPAT: "SAYA DUDUK KL BUKAN KELANTAN B****!!



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Datuk Adi Putra telah berkongsi gambar screenshot menunjukkan tempat mengambil vaksin. Dalam entri tersebut, Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati apabila tarikh temujanji dan lokasi untuk dirinya mengambil vaksin berubah tempat dari Kuala Lumpur ke Kelantan dalam aplikasi MySejahtera.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu mendakwa bahawa kerajaan gagal untuk menguruskan perkara tersebut.

"KERAJAAN GAGAL SERIOUS GAGAL!!! Saya buat temujanji Vaksin di MY Sejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 1130am. Hari ini saya buka MY Sejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar. Saya duduk KL bukan Kelantan B****!! @kkm_putrajaya @kkm.malaysia @kementeriankesihatanmalaysia," tulis Adi.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen kurang rasa selesa dengan bahasa kasar yang digunakan oleh pelakon 'Anak Halal' itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya nasihatkan abang untuk tarik balik kata makian abang itu. Sebagai orang yang dikenali tak sepatutnya abang keluarkan kenyataan begini. - Balik Singapore lah bro kalau nak perfect," antara komen netizen.

Sebelum ini, Adi Putra pernah mengesahkan dirinya merupakan warganegara Malaysia dengan memuatnaik kad pengenalan di Instagram bagi membuktikan kepada orang ramai.



www.myartis.com / Sumber: Instagram Adi Putra

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: