11 May 2021

FUHHH... MAN RAJA LAWAK DAH ADA GIGI PENUH!



Semua mengetahui mengenai keadaan bentuk gigi Man Raja Lawak yang sebelum ini sering dikutuk netizen dan menjadi bahan lawak. Namun kini, pelawak dan pelakon itu menerusi laman Instagram tampil muncul dengan penampilan baru.

Dalam perkongsian tersebut, Man berkongsi dia telah melakukan rawatan untuk memperbetulkan struktur giginya. Hantaran berkenaan juga menunjukkan perubahan pada bahagian gigi Man sebelum dan selepas menerima rawatan.

"Alhamdulillah, kalau korang jumpa abang lepas ni senyum jer faham-faham ek pasal gigi abang dah penuh.. Terima kasih @klinik_pergigian_erfa atas pengalaman yang best ni #abgdahtaktakutjumpadoktorgigi," tulis Man.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, menerusi hantaran yang lain, Man juga berkongsi perasaan gembira tentang perubahan pada dirinya: "Semalam abang tidur dalam senyum jer hasil dari @klinik_pergigian_erfa," katanya lagi.

Sebelum ini, Man sering berdepan pelbagai tohmahan netizen mengenai bentuk badan dan juga gigi.





www.myartis.com / Foto: Instagram Man Raja Lawak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: