11 May 2021

ANAK NABILA HUDA GENAP 11 TAHUN: "MINTA MAAF TAK DAPAT NAK CELEBRATE BIRTHDAY & RAYA THIS YEAR..."



Hari ini 11 Mei, anak kepada pelakon Nabila Huda iaitu Keisha kini sudah genap usia 11 tahun. Sempena hari istimewa itu, Nabila telah mendedikasikan ucapan penuh makna buat puterinya.

Menerusi laman Instagram, Nabila meluahkan rasa gembira dan terharu serta menceritakan pengalamannya membesarkan Keisha.

"My brave girl, my bestfriend, mini me, my nyawa, my sayang, my talented girl, my everything, my travel partner.. Keisha, today is your special day. 11th may 2010 mummy lahirkan Keisha.

"Pada hari ni lah you're the 1st kid yang pernah mummy jaga seumur hidup mummy dan bermula lah journey hidup mummy dengan Keisha. Terima kasih sebab adanya Keisha dalam hidup mummy, mummy bersyukur dapat rasa indahnya nikmat yang Allah bagi.

Klik untuk gambar besar



"Terlalu Bahagia dan bermaknanya hidup mummy dengan adanya Keisha di sisi mummy. I can't live without you Kash. You membesar jadi seorang yang sangat penyayang, seorang yang fun, friendly, just like me.

"You always there when I need you. You sentiasa risau bila I ada masalah. You sentiasa tanya mummy bila balik kerja, "how's work mummy". Keisha membesar jadi seorang yang sangat baik, lemah lembut, dengar cakap, penyanyang, very helpful.

"Thank you Keisha sebab terima kekurangan mummy membesarkan Keisha. Mummy mintak maaf kadang-kadang mummy marah Keisha or tinggikan suara bila Keisha buat salah. I didn't mean to.



"Mummy mintak maaf tak dapat nak celebrate birthday and raya dengan Keisha this year. Kite celebrate kat pintu bilik mummy je la ok? Haha.. Keisha,You're always my number one and mummy terlalu sayang Keisha.

"We shared a lot of things together. Kite ketawa, menangis, gurau bersama dari kecik sampai Keisha dah 11 years old. Kalau dekat gaduh, kalau jauh rindu and emo pulak ek.. haha! Happy birthday to my beautiful daugther.. @lilkupukupu," demikian ucapan ulang tahun Nabila buat anaknya.

Meninjau ke ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Nabila dan rakan-rakan industri turut menulis ucapan buat Keisha.

Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015. Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan itu, Nabila dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Keisha atau nama penuhnya Keisha Laila.













www.myartis.com / Foto: Instagram Nabila Huda, Keisha Laila & Izwan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: