Berhubung kenyataan ibunya iaitu Norita Jaafar yang terkejut selepas mengetahui foto anaknya disalahgunakan untuk tujuan tidak bermoral, penyanyi Wany Hasrita, 29, ketika dihubungi berkata, dia sudah menjelaskan perkara itu kepada ibunya selepas membuat perkongsian mengenai video tidak senonoh yang tular itu di Insta Story.
"Pada awalnya, memang tak beritahu ibu pun. Sejak saya mula keluarkan video itu di Insta Story, saya beritahu ibu juga dan dia pun sangat tenang mendengar segala penjelasan yang dibuat.
"Apapun, saya bersyukur kerana ramai yang sayang serta menolong saya membuat laporan kepada Twitter terhadap video dan akaun itu," jelasnya dipetik sebagai berkata.
Klik untuk gambar besar
Ditanya mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil, Wany memberitahu, dia kini lebih berhati-hati dan menjaga diri seperti pesanan sering dititipkan ibunya.
"Mungkin saya yang perlu kawal setiap gambar nak dimuat naik di media sosial. Kita manusia akhir zaman, akan tetap wujudnya orang yang tak sihat begini.
"Walaupun, foto yang saya kongsikan itu sudah tutup apa yang sepatutnya ditutup, tidak menampakkan sebarang bentuk pun, tapi masih menjadi bahan juga.
"Apapun, saya doa yang baik-baik saja semoga tidak terkena lagi benda-benda begini baik pada diri sendiri mahupun semua wanita lain di luar sana," katanya.
Baru-baru ini, tersebar video di Twitter membabitkan seorang lelaki mengguna foto Wany Hasrita untuk memuaskan nafsu dan dikongsikan di media sosial.
Namun, Wany yang mengetahui perkara itu tampil meminta orang ramai membantunya membuat laporan kepada pihak Twitter untuk dipadamkan.
www.myartis.com / Foto: Instagram Wany Hasrita
________________________
No comments:
Post a Comment