11 May 2021

BILA DATUK SERI VIDA BELANJA SAKAN BANTU PENIAGA KECIL SEBELUM PKP 3.0



"Harini saya nak ronda bazar Aidilfitri sebelum PKP bermula... saya turun untuk sokong peniaga bazar raya yang terpaksa ditutup sebab PKP 3.0. Kasihan mereka! Saya beli persiapan sederhana untuk raya nanti... banyak barang yang tak terjual jadi saya tolong beli tetapi mereka tetap bersemangat, masih buka walaupun last minute.

"Kasihan para peniaga kecil terjejas, musim-musim raya inilah yang mereka harapkan untuk dapat untung serba sikit. Apakan daya arahan perlu ikut," itulah kata usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang turun padang membeli barangan jualan mereka sebagai tanda sokongan, selepas rasa simpati dengan nasib yang menimpa peniaga itu.

Keputusan kerajaan menamatkan operasi bazar Aidilfitri seluruh negara selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Isnin lalu sedikit sebanyak menjejaskan punca pendapatan peniaga.

Klik untuk gambar besar



Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video membeli beberapa barangan jualan di sebuah bazar Aidilfitri di Ipoh, Perak pada Selasa.

Vida dilihat memborong barangan dan kelengkapan raya antaranya kuih dan biskut raya, baju raya dan karpet. Tindakan Vida berbelanja dan membantu peniaga kecil yang terjejas kerana pelaksanaan PKP itu menerima pujian daripada pengikutnya.



Dalam pada itu, Vida meminta para peniaga supaya bersabar dengan ujian ini dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"PKP berulang kali pun tak apa, ada hikmahnya! Sikit je lagi hari kita nak beraya, tingkatkan amalan di hujung Ramadan, semoga kita beraya dalam keadaan meriah meskipun sedang PKP.

"Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Memberi tak menjadikan kita kaya malah tidak pula miskin, memberi menjadikan rezeki kita diberkati. Yang banyak tak luak, yang sedikit tak habis," ujarnya lagi.








www.myartis.com / Foto: Instagram Datuk Seri Vida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: