22 May 2021

AL-FATIHAH - AKIBAT COVID-19, BAPA MENTUA MARSHA MENINGGAL DUNIA



Selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19, bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan iaitu Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah meninggal dunia diusia 60 tahun, pagi hari ini bersamaan dengan 10 Syawal.

Perkara itu disahkan oleh Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 36, menerusi laman Instagram miliknya, hari ini.

"Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.

Klik untuk gambar besar



"Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman," tulis Marsha.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, menerusi Instagram juga turut berkongsi berita sedih itu dan memaklumkan Allahyarham sudah dianggap seperti bapanya.



"Seorang yang seumpama bapa kepada saya telah pergi menghadap Ilahi disebabkan Covid-19. Semoga Aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan redha dengan ujian yang sangaat berat ini.

"InsyaAllah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun. Kami akan sentiasa merinduimu baba, Al-Fatihah," kata Sharnaaz.

Allahyarham merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Untuk makluman, Marsha berkahwin dengan anak sulung Allahyarham, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: