22 May 2021

TAWAR RM1,000 CARI INDIVIDU FITNAHNYA - ALI TEMUI, BERI 'LAST CHANCE' SEBELUM LAPOR POLIS



"Bende mudah... no saya dah ade, alamat saya dah ade. Saya mintak jasa baik hubungi saya je. Saya mintak puan iedacu ni hubungi saya. Kalau tak nak jugak... saya terpaksa serah bende ni pada balai polis.

"Saya bagi last chance... saya mintak jasa baik puan iedacu ni contact saya segera. Kalau sampai petang ni tak ade juga... maaf saya serah pada polis ye. Jangan kate nanti anak tertekan handphone.. jangan kata tu fake account... jangan kate alasan bukan-bukan ye.

"Saya sabar lagi ni... tapi kalau puan memaksa, saya serah pada polis yer. Contact saya segera," itulah kata pelawak Ali Puteh yang masih bertimbang rasa dengan seorang individu dimana dia telah melemparkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap dia dan keluarganya di laman Instagram.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, berkata, jika petang ini individu berkenaan mash belum menghubunginya, dia tidak teragak-agak serah perkara ini kepada pihak polis.

Klik untuk gambar live



Sebelum ini, Ali menzahirkan perasaan berang terhadap komen individu yang menggunakan akaun '@eidacu'. Ali berkata bahawa individu tersebut tidak henti-henti menganggu di ruangan Instagram miliknya dengan menulis caci-maki termasuklah menyamakan dirinya dengan bangsa Yahudi.

Oleh disebabkan itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini tampil memohon pengikut media sosialnya agar mencari siapakah pemilik akaun Instagram tersebut dengan menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya mengesan individu terbabit.

"Salam jumaat, di hari Jumaat yang mulia ini sesiapa boleh bantu carikan manusia ini? Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini. Maki tu makilah..tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah, ini melampau! Sampai keturunan saya dikatakan yahudi! Siapa dapat info cari manusia ini, wang tunai RM1,000 saya bagi hadiah..," tulisnya sebelum ini.



Perkara tersebut dikongsikan Ali menerusi sebuah hantaran di Instagramnya sambil memaparkan tangkap layar komen yang ditulis individu tersebut. Komen itu dipercayai ditulis susulan isu saman yang membabitkan Ali dengan kakak iparnya, Nor Hidayah yang kini sedang dalam proses mahkamah.

"Semoga kemenangan di pihak Hidayah dan anak... saya tahu Hidayah di pihak benar, Ali ibarat Israel yang tamakkan harta Palestin. Keturunan Yahudi," antara komen jahat yang ditulis pemilik akaun berkenaan.

Hasil carian di Instagram mendapat akaun '@eidacu' itu merupakan akaun palsu. Terdahulu, pada hari Rabu lalu Ali telah mengemaskini perkembangan kes saman bersama balu Abam Bocey yang menurutnya seolah-olah punya harapan buat dia dan keluarga di sebalik konflik yang tidak berkesudahan itu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: