15 May 2021

ALHAMDULILLAH - DA'I FARHAN KEMBALI KEPANGKUAN FATIN



"Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

"Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

                 

"Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat," ujar Fatin Nurul Ain Mat Aris, isteri Da'i Farhan.

Semuanya disebabkan pada Hari Raya tahun ini, ianya disambut lebih bermakna bagi dirinya apabila dia kembali disatukan dengan bekas suaminya pendakwah bebas Da’i Nik Farhan Nik Mohamad, 31, pada 1 Syawal (Khamis).





Menerusi Instagram Fatin, dia memuat naik foto persandingannya dengan doa agar rumah tangga yang dibina kali kedua itu terpelihara hingga ke akhir hayat.

Dengan perkembangan terkini itu, maka detik duka pada November 2019, di mana Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan dikenali sebagai Dr Erin di Makkah, sembuh juga akhirnya.

Moga pasangan ini akan terus menikmati kebahagiaan yang diharapkan. Amin.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: