16 May 2021

SARI YANTI SELAMAT BERSALIN - JEP SEPAHTU TIMANG ANAK KETIGA



"Subahanallah.. Syukur Alhamdulillah. Tq sayang @sariyanti. #babyboy #anakabah," demikian tulis pelawak Jep Sepahtu apabila isterinya, pelakon Sari Yanti selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka iaitu bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Jep menerusi laman Instagram miliknya. Menerusi entri itu, Jep turut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran puteranya ini serta mengucapkan terima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, kelahiran bayi lelaki ini merupakan anak ketiga bagi Jep dan yang kelima buat Sari Yanti. Ini kerana, sari Yanyi sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga kesihatan Sari Yanti dipermudahkan dan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel anak pasangan ini!






www.myartis.com / Sumber: Instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: